Syabu seberat 51 grams ditemui, pemandu lori ditahan dalam serbuan

Dadah jenis syabu dengan anggaran berat 51 gram bernilai RM5,100 ditemui dalam serbuan pada Isnin.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MIRI, 17 Ogos: Seorang pemandu lori ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Baru Subis, Jalan Miri-Bintulu, selepas polis menjumpai 51 gram Syabu, tengahari Isnin (16 Ogos).

Ketua Polos Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, lelaki berusia 45 tahun, berketurunan Bugis itu, ditahan pihak polis di dalam rumah tersebut sekitar jam 12.15 tengahari semalam kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.


Serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Miri.

“Hasil pemeriksaan ke atas rumah tersebut, pihak polis telah menemui dan merampas 104 keratan tiub straw lutsinar dan satu paket plastik lutsinar masing-masing berisi ketulan-ketulan Kristal disyaki dadah jenis methamphetamine,” ujarnya.

Anggaran rampasan bernilai RM5,100.

Saringan awal air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga 24 Ogos ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. — DayakDaily