SUV terbakar di Batu 7

Anggota bomba sedang memadam kebakaran.

KUCHING, 18 Julai: Sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) dilaporkan terbakar di Batu 7 Jalan Kuching-Serian awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.12 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah Toyota Harrier yang telah musnah terbakar.

“Pasukan bomba menggunakan satu aliran saluran bantu mula untuk membuat kerja-kerja pemadaman sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Pasukan bomba kemudian berangkat balik ke balai selepas memastikan keadaan telah selamat sepenuhnya.

Operasi tamat pada kam 2.55 pagi. ā€” DayakDaily