Suspek pecah rumah keletihan ditemukan tertidur di lokasi kejadian

Suspek (tengah) ditahan polis.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 8 April: Mungkin kerana letih selepas melakukan pecah masuk ke sebuah bilik sewa di Jalan Haji Lampan di sini, seorang lelaki ditemukan sedang tidur di lokasi kejadian awal pagi Jumaat.

Suspek berusia 25 tahun itu, ditemui tertidur atas lantai rumah mangsa awal pagi tadi sekitar jam 8.


Mangsa yang ketika itu baru sahaja pulang dari tempat kerjanya terkejut apabila mendapati barangan miliknya di dalam bilik tersebut berselerak dan ada seorang lelaki tidak dikenali sedang nyenyak tidur.

Pihak polis telah segera dimaklumkan mengenai kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Mohd Sabri Zainol mengesahkan tangkapan.

Suspek telah ditahan dan di bawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untik tindakan lanjut.

Turut ditemui bersama suspek adalah beberapa peralatan pecah rumah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seskyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. — DayakDaily