Suspek pecah masuk stor sebuah institusi kemahiran teknik di Miri ditahan polis

Suspek (tiga dari kiri) ditahan di sebuah pondok di Kampung Tukau pada Khamis untuk siasatan lanjut berhubung kes pecah masuk stor di Jalan Jee Foh Utama.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 18 Feb: Polis menemukan tiga biji bateri kereta dipercayai barangan curi susulan penahanan seorang lelaki warga tempatan pada petang Khamis di Kampung Tukau.

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan di dalam sebuah pondok tidak bernumbor oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri sekitar jam 4.50 petang.


Hasil siasatan awal, mendapati suspek turut juga disyaki telah memecah masuk sebuah stor penyimpanan barang-barang mesin di Jalan Jee Foh Utama milik sebuah institut pengajian kemahiran teknik.

Kerugian dianggarkan sekitar RM13,000.

Tangkapan dilakukan dalam tempoh kurang 24 jam selepas pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian pecah masuk terbabit.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. — DayakDaily