Suspek pecah masuk kedai makan ‘steamboat’ diberkas

Ketiga tiga suspek pecah kedai ditahan polis untuk siasatan lanjut.

MIRI, 23 Jun: Tiga pemuda ditahan selepas memecah masuk sebuah restauran ‘steamboat’ di Jalan Bintang dan melarikan beberapa kotak makanan sejuk beku termasuk tujuh tong gas memasak petang semalam.

Suspek berusia di antara 20 sehinga 23 tahun itu ditahan orang awam di kawasan berhampiran sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, pemilik kedai telah dimaklumkan oleh pekerjanya mengenai kejadian sekitar jam 12 tengahari pada Isnin (21 Jun).


Tangkapan dilakukan sekitar jam 5 petang pada Selasa oleh orang awam yang kemudianya menyerahkan kesemua suspek kepada pihak polis.

Kesemua suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanu Keseksaan. — DayakDaily