Suspek langgar lari ditangkap polis, tidak sempat lari jauh

Anggota polis menjalankan pemeriksaan terhadap suspek sebaik sahaja berjaya ditahan.
Advertisement

MARUDI, 2 Jun: Berlaku kejar mengejar di antara polis dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner yang disyaki suspek kes langgar lari di Jalan Muhibah, Kampung Permindahan Marudi di sini malam tadi.

Menurut facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi, terdahulunya berlaku kemalangan membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut dengan sebuah motosikal.

Katanya, pemandu Toyota Fortuner tersebut bagaimanapun bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian menghala ke Miri.

Advertisement

“Bertindak atas maklumat, polis pantas memburu kenderaan suspek dan telah berlaku kejar mengejar di Jalan Marudi-Miri.

“Suspek kemudian berjaya ditangkap dengan bantuan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) Miri di Jalan Miri-Bintulu berdekatan Lambir,” katanya.

Suspek dan kenderaannya kemudian dibawa ke IPD Marudi untuk tindakan selanjutnya. — DayakDaily

Advertisement