Seorang lelaki ditangkap, disyaki terlibat dadah di Kuching

Suspek dan dadah yang dirampas.

KUCHING, 2 Jun: Seorang lelaki ditangkap polis kerana disyaki terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah pada 31 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Supt Merbin Lisa berkata suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kuching di sebuah hotel di Jalan Ban Hock pada jam 12 tengah hari.

Katanya, hasil pemeriksaan menjumpai satu paket lutsinar dipercayai berisi dadah jenis Methamphetamine seberat kira-kira 6.20 gram bernilai sekitar RM620.


Suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara hasil saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan turut didapati mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah. — DayakDaily