Suami ‘naik angin’ tumbuk isteri ditahan polis

PDRM logo.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 4 Julai: Seorang suami yang tiba-tiba ‘naik angin’ bertindak menumbuk isterinya di muka bertubi-tubi pada pagi Selasa lepas (30 Jun), telah ditangkap polis untuk siasatan.

Suspek, berusia dalam awal 30-an itu, telah ditahan di sebuah rumah di Kampung Kejapil, Bekenu hari ini sekitar jam 1 petang oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Miri.


Turut dirampas beberapa parang dipercayai milik suspek.

Dalam kejadian 30 Jun itu, mangsa yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai jurujual mengalami lebam pada muka dipercayai selepas ditumbuk bertubi-tubi oleh suspek.

Kejadian berlaku pada jam 8.30 pagi di kediaman pasangan itu di Kampung Kejapil Bekenu ketika mangsa sedang bersiap hendak turun ke tempat kerja.

Bimbang akan keselamatannya satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa.

Kes disiastan di bawah Seksyen 506 kerana ugutan jenayah dan punca kejadian masih di dalam siasatan.-DayakDaily