Suami maut, isteri parah dalam kemalangan di Julau

The victim's car that ended up in the ditch.
Advertisement

JULAU, 29 April: Seorang lelaki maut, manakala isterinya parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Nanga Entabai, di sini.

Ketua Polis Daerah Julau DSP Andam Sulin berkata mangsa berusia 30 tahun dan berasal dari Rumah Rajit, Sungai Bekelit Ulu, Sibuti.

Katanya, semasa kejadian kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Pekan Julau sekitar jam 12.30 tengah malam tadi.

Advertisement

“Dipercayai kereta mereka hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan terjatuh ke dalam parit di bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan,hari ini.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas diperiksa anggota paramedik dari Klinik Kesihatan Julau.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke rumah mayat Hospital Sarikei untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Siasatan lanjut ke masih dijalan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — DayakDaily

Advertisement