SST 8 peratus, belum kedengaran harga babi naik sekitar Kuching, Serian

Ah Lim memilih untuk menjual daging babi import (sejuk beku) di Pasar Kota Sentosa.
Advertisement

KUCHING, 6 Mac: Bekalan babi tempatan pun sukar diperolehi, mana saya tahu harga naik.

Itu luahan seorang penjual babi di Pasar Kota Sentosa apabila ditanya berhubung kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada 8 peratus berkuatkuasa 1 Mac lalu.

Menurut beliau yang dikenali sebagai Ah Lim, kebanyakan kilang menyembelih babi di sekitar Kuching masih belum beroperasi akibat virus demam babi Afrika (ASF) sejak dua tahun lalu.

Advertisement

“Sekarang kebiasaannya kita menjual daging import (sejuk beku).

“Kalau ada babi tempatan, kita terpaksa ambil sendiri dan sembelih sendiri.

“Kilang menyembelih babi sekarang masih tutup,” ujar Ah Lim.

Namun beliau memaklumkan bahawa harga daging ‘samcam’ (babi tempatan) masih kekal RM35 sekilogram.

Sementara itu seorang penjual babi di Serian yang terkesan akibat wabak ASF, Valerian Majeng berkata, kilang-kilang besar pemprosesan babi kini mula beroperasi semula.

Namun katanya, kilang-kilang kecil masih beroperasi dan membekal daging babi tempatan di daerah Serian.

“Tinjauan saya di pasar di Serian juga mendapati harga daging babi tempatan ini tidak naik.

“Malah murah iaitu sekitar RM26 hingga RM29 untuk samcam dan tulang rusuk.

“Belum kedengaran harga naik sebab memang sudah naik sebelum ini.

“Kalau harga tinggi, orang tak mahu beli,” ujar Valerian.

Berkuat kuasa 1 Mac lalu, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) naik kepada 8 peratus, berbanding 6 peratus sebelum ini.

Bagaimanapun kadar baharu ini tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta. ā€” DayakDaily

Advertisement