SSM melanjutkan pengecualian tempoh kompaun pembaharuan pendaftaran perniagaan

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

KUCHING, JUN 24: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melanjutkan tempoh pengecualian kompaun ke atas kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan

Ia membabitkan pelanjutan daripada tempoh 17 Mac 2020 sehingga 30 Jun 2020 kepada tempoh 17 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi, pengecualian kompaun ini akan memberi manfaat kepada 740,000 pemilik perniagaan yang pendaftaran perniagaan luput semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Seksyen 12(1)(b) Akta Pendaftaran Perniagaan (APP) 1956 menetapkan bahawa menjadi satu kesalahan apabila seseorang meneruskan sesuatu perniagaan selepas tempoh pendaftaran luput.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.—DayakDaily