Nanta: SPPP kini diperluas kepada semua usahawan B40

Datuk Sri Alexander Nanta Linggi — file pic

KUCHING, 16 Feb: Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kini merangkumi semua bakal usahawan golongan B40.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ia tidak lagi
terhad kepada usahawan dari kalangan belia dan ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja.

“Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang merupakan sebuah agensi KPDNHEP hari ini mengumumkan penambahbaikan SPPP dengan memperluaskan manfaat skim ini kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.


“Pendaftaran perniagaan sekarang diberi percuma kepada golongan sasar B40 yang ingin memulakan perniagaan dan yang belum pernah mendaftarkan perniagaan mereka.

“Ia bagi membantu meringankan beban peniaga terutama usahawan-usahawan B40,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nanta, ini akan membolehkan mereka memperolehi akses kepada pelbagai dana dan pinjaman yang diperkenalkan oleh Kerajaan
Persekutuan bagi kelangsungan operasi perniagaan mereka dalam suasana sukar dan mencabar berikutan penularan pendemik Covid-19.

Katanya, perluasan golongan sasaran SPPP ini dijangka akan membuka peluang kepada seramai 180,000 individu untuk menceburi bidang
perniagaan.

“Pada tahun 2021, SSM mensasarkan seramai 30,000 usahawan akan merebut tawaran ini,” ujar beliau.

Sejak SPPP diperkenalkan pada 22 Disember 2020, SSM telah meluluskan 1,066 permohonan daripada golongan pelajar, 830 permohonan daripada 2 golongan belia B40.

Sebanyak 73 permohonan daripada golongan ibu tunggal B40 juga telah diterima dan ini menjadikan keseluruhan 1,969 usahawan mendapat
manfaat darinya. – DayakDaily