SMK Kidurong juara Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah Peringkat Negeri Sarawak 2022

Peserta beraksi mengatasi cabaran semasa pertandingan.

KUCHING, 28 Sept: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong, Bintulu muncul juara Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP-KPS) Peringkat Negeri Sarawak 2022.

Dengan kejayaan itu, SMK Kidurong pulang dengan hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala dan sijil penyertaan.

SMK Kidurong juga akan mewakili Sarawak ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 17 hingga 18 Okt 2022 di Terengganu.


Tempat kedua dimenangi Sekolah Menengah Sains Kuching dengan hadiah RM700 berserta piala dan sijil penyertaan.

Manakala tempat ketiga dimenangi SMK Song, Kapit dengan hadiah RM500 berserta piala dan sijil penyertaan.

Pertandingan kali ini disertai seramai 36 peserta dari 9 buah sekolah yang menjadi johan, naib johan dan ketiga di peringkat zon utara, tengah dan selatan.

Pertandingan yang bermula dari 27 hingga 28 Sept itu diadakan di Sumiran Eco Park & Resort.

Peserta diuji melalui 6 halangan yang menguji semangat kerja berpasukan, kepimpinan, ketenangan dan bijak membuat keputusan.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Seksyen Penguat Kuasa KPDNHEP Sarawak Adyzam Abdul Manap. — DayakDaily