Skrin mesin ATM pecah, seorang lelaki ditahan

The ATM machine which was damaged by the accused.

KUCHING, 28 Jun: Seorang lelaki ditangkap disyaki suspek yang memecahkan skrin mesin ATM di sebuah bank di Pasar Siburan pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek yang berusia sekitar 30an itu ditangkap Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan sekitar jam 9 pagi semalam.

Difahamkan suspek hadir sendiri di Balai Polis Kota Sentosa selepas berjaya dihuhunngi pihak polis selepas dia berjaya dikenalpasti.


Suspek kini ditahan dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Semakan lanjut juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Punca kejadian masih dalam siasatan. — DayakDaily