Sistem jalan raya sempurna bantu tarik pelabur ke Sarawak

Kelihatan Datuk Seri Victor Hii Lu Thian, (kanan) menyampaikan Cenderamata kepada Datuk Lee Kim Shin(kiri). Attachments area

KUCHING, 4 Mac: Sistem perhubungan terutamanya infrastruktur Jalan raya yang sempurna penting dalam memastikan semua sektor ekonomi dapat berjalan lancar.

Pengerusi Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), Datuk Seri Victor Hii Lu Thian berkata, infrastruktur terbabit khususnya di Sarawak adalah sangat penting untuk menarik pelabur untuk melabur sekali gus membantu meningkatkan ekonomi negeri ini.

“Jadi kami ingin Kementerian Pengangkutan (MOT) membantu menaik taraf jalan untuk membantu pihak pengeluar supaya mereka dapat menghasilkan lebih banyak produk kerana semua pengeluaran beroperasi mengikut skala ekonomi.


“Jika anda dapat menghantar produk anda dengan dua lori mengapa perlu dihantar dengan empat lori. Kosnya lebih banyak,” katanya ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shim di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di sini hari ini.

Sementara itu, Lee berkata kementeriannya akan mengkaji segala cadangan dan isu yang ditimbulkan oleh FMM Cawangan Sarawak dan seterusnya mengemukakan isu terbabit kepada agensi ataupun jabatan berkenaan untuk tindakkan selanjutnya.

“Mereka telah pun memberi beberapa cadangan dan salah satu masalahnya dari segi pengangkutan barangan berat, ini adalah salah satu isu yang dikemukakan.

“kita juga akan kemuka kepada agensi ataupun jabatan berkenaan untuk mengatasinya dalam jangka masa pendek dan masa panjang,” katanya ketika ditemui selepas melakukan dialog bersama FMM Cawangan Sarawak di pejabatnya di sini pada Rabu.

Lee dalam pada itu turut melantik salah seorang ahli jawatankuasa daripada FMM Cawangan Sarawak untuk menganggotai Jawatankuasa Pengangkutan Sarawak (JPS).

Pelantikkan itu bagi membolehkan FMM Cawangan sarawak bersama-sama JPS dalam mengenal pasti isu berkaitan sistem perhubungan dan pengakutan seterusnya mencari penyelesaian bersesuaian terhadap isu berkenaan. -DayakDaily