Keadilan Sarawak dakwa GPS gagal desak Kerajaan PN adakan sidang Parlimen

Abun Sui Anyit (file photo)

KUCHING, 4 Mac: Parti Keadilan Sarawak (Keadilan) mendakwak kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang merupakan sebahagian anggota Kerajaan telah gagal mendesak Kerajaan persekutuan pimpinan Perikatan Nasional memanggil sidang Parlimen dalam tempoh darurat ini.

Ketua Penerangan Keadilan Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, GPS dilihat dilihat seperti bersekongkol dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk tidak mahu mengadakan sidang parlimen atas alasan ahli Parlimen Malaysia terdiri daripada golongan mempunyai risiko kena Covid 19 semasa persidangan Parlimen.

Dakwa beliau, tindakkan itu seolah-olah bercangah dengan titah Yang di pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang menitahkan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh Darurat 2021 dari 11Januari hingga 1 Ogos 2021mengikut jadual yang telah diatur menggunakan kuasa Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.


“Ordinan Darurat ini juga boleh sahaja digunakan oleh Kerajaan untuk memanggil mesyuarat Parlimen dengan memberi notis wajar tanpa terikat dengan undang-undang atau Peraturan Mesyuarat biasa.

“Bagaimanapun sebaliknya yang berlaku di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengatakan bahawa tidak akan ada persidangan dalam tempoh darurat ini,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Abun yang juga Ketua Cabang Keadilan Hulu Rajang berkata, pendirian tersebut bercanggah dengan titah Yang Dipertuan Agong oleh Kerajaan PN itu jelas menunjukkan satu teladan yang tidak baik kepada rakyat yang mana institusi Agong atau Sistem Raja Berperlembagaan Negara seolah-olah tidak lagi dihormati.

Katanya, Keadilan Sarawak berharap GPS akan mengotakan janjinya untuk menyelamatkan Malaysia dari terus terjerumus kepada negara caca marba dengan mendesak Kerajaan mematuhi Titah Yang Dipertuan Agong untuk mengadakan persidangan Parlimen sementara masa masih ada sebelum tempoh darurat ini tamat pada 1 Ogos depan. -DayakDaily