Sindiket curi motosikal, pecah rumah dilumpuhkan


Oleh Brad Rantayy

MIRI, 2 Sept: Penahanan enam lelaki tempatan dalam satu operasi awal pagi Selasa (2 Sept) berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket mencuri motorsikal dan pecah rumah di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah, kesemua suspek berusia antara 20 sehingga 51 tahun itu telah ditahan di enam lokasi berasingan dalam satu operasi yang bermula jam 6.30 pagi hingga 1.50 petang.

“Turut dirampas ialah sebuah oven memasak dan sebuah kipas angin dipercayai barang dicuri,” ujar Lim.

Beliau menambah, empat daripada enam supek tersebut mempunyai rekod jenayah lampau.


“Dengan tertangkapnya suspek ini, kita berjaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes pecah rumah dan curi motorsikala di sekitar bandar Miri,” jelas Lim.

Operasi pada Selasa itu diketuai oleh Inspektor Fredly Juing.

Kesemua suspek kini sedang ditahan polis di Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut. — DayakDaily