GUA MUSANG – Biarpun baru sahaja menyertai Liga Bolasepak Rakyat (LBR) musim ini, pasukan Serian FA kini gah di persada perlawanan akhir dengan kaki, selangkah lagi untuk mencipta sejarah sebagai pasukan kedua menjadi juara LBR.
Pasukan Serian FA yang mewakili Bahagian ke-12 Sarawak telah berjaya menundukkan pasukan Gua Musang dari Kelantan, dengan kelebihan satu gol di tempat lawan pada perlawanan Akhir I Sabtu lalu dengan gol tunggal perlawanan dijaringkan Mahadi Razak pada minit ke 47.
Kini, Serian FA cuma perlu memastikan Gua Musang tidak menjaringkan sebarang gol pada perlawanan Akhir II di Stadium Negeri pada 21 Mei ini bagi memastikan kejuaraan adalah milik mereka.
Jika berjaya, kejuaraan LBR akan terus kekal di Sarawak kerana pasukan Kuching FA telah menjadi johan edisi pertama LBR pada musim lalu.
Kejuaraan Serian FA pada LBR juga akan membuka ruang kepada pasukan tersebut bertanding di Liga FAM, yang mana merupakan liga bolasepak ketiga tertinggi di Malaysia.