SK Parun Suan mungkin dipindahkan

SERIAN – Sekolah Kebangsaan Parun Suan mungkin dipindahkan dari lokasi sedia ada, demikianlah kenyataan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong pada Majlis Makan Malam Pra-Gawai di Kampung Kakeng hujung minggu ini tadi.

Menurut Manyin, kedudukan sekolah tersebut yang terletak di persimpangan, ditambah lagi dengan struktur kayu sekolah berkenaan, adalah tidak konduksif untuk pembelajaran dan perlu diperbaiki dan diteliti.

Dalam pada itu, Manyin bertekad akan menyelesaikan masalah tersebut bagi memastikan persekitaran lebih konduksif mampu dihasilkan untuk pembelajaran sekitar 100 pelajar sekolah berkenaan, sekaligus membantu di dalam penghasilan kejayaan akademik yang lebih baik.

SK Parun Suan adalah sebuah sekolah rendah di kawasan Kampung Kakeng, yang mana kebanyakan penduduknya adalah berbangsa Bidayuh.

Pada majlis yang sama, Manyin turut menyampaikan geran RM50,000 untuk memperbaiki dewan Kampung Kakeng, serta RM8,000 untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Parun Suan.