Separuh laluan di Jalan Tanjung Kidurong-Sibuti ditutup sementara

Peta lokasi separuh jalan ditutup sementara.

KUCHING, 26 Mac: Separuh laluan di Jalan Tanjung Kidurong-Kuala Suai-Kuala Sibuti Bakam di lokasi CH 109 + 600 ditutup sementara mulai esok, 27 Mac.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi satu notis pemberitahuan memaklumkan ia ditutup sehingga 3 April ini.

Katanya, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan jalan. — DayakDaily