[VIDEO] Seorang wanita cedera dalam runtuhan siling di sebuah butik pakaian di pusat beli belah

Pihak kontraktor menutup butik tersebut untuk dibaiki.

KUCHING, 18 Ogos: Runtuhan siling sebuah butik pakaian di sebuah pusat beli belah di Jalan Wan Alwi menyebabkan seorang wanita cedera di kepala.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 10.15 pagi ketika mangsa iaitu wanita berusia 34 tahun berada di dalam butik tersebut.

Sumber memberitahu mangsa dipercayai pekerja butik berkenaan tidak sempat menyelamatkan diri menyebakan dia cedera di kepala.


Mangsa dibantu orang ramai dalam kejadian tersebut. Video kredit: Zafarin Affendie Zainal

Orang ramai yang melihat keadaan mangsa segera membantu dan turut menghubungi pihak hospital untuk bantuan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Difahamkan, punca runtuhan masih dalam siasatan dan kini usaha mendapatkan maklumat daripada pihak pengurusan pusat beli belah tersebut masih dilakukan. — DayakDaily