Wanita rempuh pintu cermin pusat membeli belah gara-gara tersalah masuk gear

Tangkapan skrin video yang dikongsi di media sosial.

KUCHING, 27 Julai: Seorang wanita tersalah masuk gear sehingga menyebabkan keretanya merempuh besi penghadang dan cermin di sebuah membeli belah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkara wanita berusia 20 tahun terbabit semasa kejadian hendak mengundur kereta sekitar jam 9.30 pagi.

Bagaimanapun, wanita terbabit dikatakan tersalah masuk gear menyebabkan keretanya terlajak ke hadapan.

“Dia hendak parking mengundur keretanya jenis Toyota Vios tetapi tersalah masuk gear lalu terlajak ke hadapan dan melanggar pintu cermin.

“Tiada kecederaan oleh mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, laporan trafik dibuat pada tengah hari tadi.

Siasatan lanjut masih dijalankan. — DayakDaily