Tangan tersepit di dalam mesin membuat kuih

Operasi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.

SIBU, 3 Mac: Seorang wanita cedera di tangan akibat tersepit di dalam mesin membuat kuih di sebuah premis di Jalan Sibujaya, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.40 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibujaya dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Setiba di tempat kejadian komander operasi terus membuat size up dan mendapati tangan kanan mangsa tersepit di dalam mesin kuih.

“Bagi membuka mesin yang masih melekat di tangan mangsa, bantuan dari BBP Sungai Merah telah dihubungi bersama pihak Hospital Sibu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tangan mangsa telah berjaya dikeluarkan dan mangsa telah diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Bomba kemudian berangkat balik ke balai selepas memastikan keadaan benar-benar selamat. — DayakDaily