Seorang tersepit dalam kemalangan tiga buah kenderaan di Stakan

Fire and Rescue Department Malaysia/ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia logo
Advertisement

KOTA SAMARAHAN, 13 Ogos: Seorang lelaki tersepit di dalam kereta dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta di Jalan Stakan Melayu, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata PGO menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut pada jam 7.43 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Alza, Perodua Kelisa dan Toyota Hilux.

“Terdapat seorang mamgsa iaitu seorang lelaki dewasa tersepit di tempat duduk pemandu Kelisa masih dalam keadaan sedar.

“Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas dalam usaha mengeluarkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Manakala pemandu Perodua Alza dan Toyata Hilux dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.42 pagi. — DayakDaily

Advertisement