Jiran prihatin, pantas padamkan kebakaran di Kampung Goebilt

Jiran pantas padamkan api sebelum ketibaan Bomba.
Advertisement

KUCHING, 13 Ogos: Tindakan pantas jiran memadam kebakaran telah berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah terbakar di Kampung Goebilt, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 7.44 malam.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Komander operasi melaporkan kebakaran hanya melibatkan ruangan stor yang telah terbakar 20 peratus.

“Semasa kejadian, penghuni tiada di rumah dan tindakan pantas beberapa jiram berjaya memadam kebakaran daripada terus merebak,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Pasukan Bomba Sukarela juga hadir di lokasi kejadian untuk melakukan kerja-kerja penyejukan bagi mrmastikan tiada lagi punca api.

Kejadian tiada melibatkan sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 8.38 malam. — DayakDaily

Advertisement