Seorang maut dalam kemalangan di Jalan Sibu-Bintulu

Keadaan di lokasi kejadian.

SELANGAU, 19 Mei: Seorang disahkan meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux dengan motosikal di Batu 20 Jalan Sibu-Bintulu hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau Leftenen (PA) Luke Douglas Dongum berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.15 pagi.

Katanya, anggotanya terus dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Setiba di lokasi, mendapati pihak polis dan ambulan telah berada di lokasi kejadian dan didapati seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dibawa pihak polis ke Hospital Sibu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan APM kemudian berangkat balik selepas keadaan di lokasi dalam keadaan terkawal dan selamat.

Operasi tamat pada jam 12 tengah hari. — DayakDaily