Seorang lelaki disyaki ejen judi dalam talian ditangkap di Bau

Suspek (tengah) ditangkap untuk siasatan lanjut.

BAU, 17 Jun: Seorang lagi lelaki disyaki ejen judi dalam talian ditangkap polis di sebuah kedai di Jalan Jambusan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, suspek yang berusia 31 ditahan dalam Op Dadu kira-kira sekitar jam 5.50 petang.

Jelasnya, pasukan operasi telah merampas satu unit telefon pintar dan kad sim untuk siasatan lanjut


Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

IPD Bau turut mengesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan perjudian dalam talian tersebut untuk melaporkan di mana-mana balai polis berhampiran. ā€” DayakDaily