Seorang lelaki dipercayai penagih dadah cuba larikan dari polis di Bau

PDRM logo

BAU, 18 Mei: Seorang lelaki dipercayai penagih dadah tidak sempat melarikan diri apabila berjaya ditangkap polis dalam satu operasi di Kampung Tabong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata suspek, 22 tahun itu dilihat cuba melarikan diri dari pintu belakang rumahnya sebaik sahaja menyedari kehadiran polis.

Tindakan pantas anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau bagaimanapun berjaya menangkap suspek sekitar kam 1.50 petang.


“Hasil soal siasat, suspek mengaku ada mengambil dadah dan ujian saringan awal air kencing turut memgesahkan dia positif dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5000 atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun.

Bagaimanapun, katanya suspek yang juga penganggur didapati tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. — DayakDaily