Seorang lelaki bersama adiknya ditahan selepas berlagak samseng ‘tayang’ senapang patah

PDRM logo

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MARUDI, 13 Mei: Padah berlagak seperti samseng bejalan mundar mandir dihadapan pondok pengawal sebuah kem pembalakan di Ulu Baram dengan membawa selaras senapang patah buatan sendiri, seorang lelaki telah ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Nat Kib, turut ditahan pada Khamis (12 Mei adalah adik lelaki suspek.


Katanya, tangkapan dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Marudi pada tengahari semalam (Khamis, 12 Mei).

“Semasa tangkapan ,kita turut menemukan dan merampas selaras senapang patah bersama lima butir peluru,” jelas DSP Ruslan.

Tangkapan dilakukan selepas pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian.

Difahamkan kejadian berlaku pada Ahad petang (8 Mei), suspek dilaporkan telah membawa selalras senapang patah bergerak ke hulu dan ke hilir dihadapan pondok pengawal bertujuan untuk menakutkan orang kampung.

“Kedua-dua suspek sedang ditahan di lokap Balai Polis Marudi untuk siasatan lanjut,” Ruslan berkata.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. — DayakDaily