Motosikal terbabas sendiri, penunggang maut

Motosikal mangsa terbabas ke bahu jalan.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 13 Mei: Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganinya terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Miri-Bintulu, berhampiran Sekolah Kebangsaan Kita, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa dikenal pasti sebagai Syvister Dengun, 22, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, mamhsa menunggang motorsikal jenis Honda Dash itu datang dari arah Sepupok menghala pulang ke rumah di kawasan berhampiran.

“Motosikal mangsa terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar tiang elektrik lalu terpelanting masuk ke dalam parit berhampiran sebelum terbabas,” jelas Alexson.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1941. — DayakDaily