Sembunyi rokok, minuman keras dan mercun bernilai lebih RM1 juta di sarang burung walit

Barang-barang rampasan di Limbang. Gambar sisipan ACP Zulfikar Mohd Ghazali

LIMBANG, 6 Ogos: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 melalui Op Kontraban merampas pelbagai jenis rokok, minuman keras dan mercun dianggarkan bernilai lebih RM1.2 juta semalam.

Komandernya ACP Zulfikar Mohd Ghazali berkata satu serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah yang dijadikan sarang burung walit di Jalan Kubong, di sini pada jam 5.30 petang.

Katanya, hasil serbuan menemui 153 kotak rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1,221,024 serta 116 botol arak bernilai RM25,964 dan 12 kotak mercun jenis bunga api bernilai RM16,560.


Kesemua rampasan yang dianggarkan RM1,263,548 kemudian dibawa balik ke Markas Tektikal PPM Limbang untuk siasatan lanjut.

Turut ditangkap ialah seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun untuk siastan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Operasi tersebut turut disertai anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Limbang diketuai Ketua Polis Daerah Limbang Supt Parum Niot. — DayakDaily