Segerakan pembinaan Klinik Pergigian Daro – Safiee

Safiee Ahmad

KUCHING, 17 Mei: ADUN Daro Safiee Ahmad menggesa kerajaan segera menyiapkan pembinaan Klinik Pergigian di daerah Daro.

Menurut Safiee, projek tersebut telah terbengkalai disebabkan kegagalan pihak kontraktor yang dilantik menyiapkan projek ini mengikut masa yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, bagi pihak rakyat di Daro memohon agar pelaksanaan projek ini dapat segera disambung pelaksanaannya.

“Sama ada melalui kontraktor penyelamat ataupun mana-mana kaedah yang lain,” katanya di perbahasan pada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Jelas Safiee, masalah tersebut tidak harus dibiarkan terlalu lama kerana boleh mendatangkan masalah-masalah yang lain termasuk yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan.

Ekoran daripada masalah ini katanya, pihak Jabatan Kesihatan terpaksa menyediakan perkhidmatan klinik pergigian sementara menggunkan kontena. — DayakDaily