SEDC dan UDA bincang pembangunan perumahan di Bintulu

Abang Johari (dua dari kiri) pada sidang media di Kuching.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 12 Sept: Kerajaan serius menyelesaikan masalah kekurangan rumah di Bintulu berikutan peningkatan pelaburan luar di bahagian tersebut.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perkara tersebut dibincangkan oleh pihak Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan UDA Holdings Berhad yang merupakan syarikat pemaju berpengalaman di Semenanjung Malaysia.

Advertisement

“Pengerusi SEDC (Tan Sri Abdul Aziz Husain) dan Pengerusi UDA (Datuk Datuk Norliza Abdul Rahim) ada berbincang berhubung pembangunan perumahan di Bintulu.

“Bintulu menghadapi masalah kekurangan rumah disebabkan pelaburan yang datang.

“Sekarang pun sudah tidak mencukupi disebabkan ramai pekerja yang datang khasnya di kawasan Samalaju dan Kidurong,” katanya di sidang media di Kuching hari ini.

Terdahulu Abang Johari telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Usahasama ‘Neu Pendungton’ di antara SEDC Dengan UDA Holdings Berhad.

Tambah beliau, kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelabur termasuk perumahan yang kondusif kepada pekerjanya.

Berhubung pembangunan ‘Neu Pendington’, Abang Johari berkata, ia bukan sahaja membawa manfaat kepada penduduk tempatan tetapi juga kepada pekerja-pekerja syarikat di kawasan industri Samajaya di sini.

Katanya, syarikat Longi Kuching, Western Digital dan X-Fab Sarawak kini sedang mengembangkan operasinya dan memerlukan pelbagai kemudahan. — DayakDaily

Advertisement