Sebuah rumah terbakar di Kanowit

Anggota Bomba memadam kebakaran.
Advertisement

KANOWIT, 25 April: Sebuah rumah Sungai Sah, di sini dilaporkan musnah dalam kebakaran petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysi (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 5.15 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Komander operasi lapor kebakaran melibatkan sebuah rumah yang telah terbakar 100 peratus.

“Pihak Bomba terus memadam kebakaran menggunakan teknik offensive dan api berjaya dikawal pada jam 6.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setelah memastikan api benar-benar dipadamkan sepenuhnya serta memastikan tiada lagi punca nyalaan api, pasukan Bomba kemudian bertolak balik ke balai.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Maklumat dari orang awam, penghuni rumah tersebut tiada semasa kejadian dan berkemungkinan berada di tempat lain atau balik kampung,”‘katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily

Advertisement