Sebuah rumah terbakar di Bintulu

Anggota bomba sedang memadam kebakaran.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


BINTULU, 26 Mac: Sebuah rumah di Jalan Kuala Tatau Sungai Sebemban, di sini dilaporkan musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 2.04 petang dan anggota daei Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan rumah dua tingkat jenis separuh kelal itu telah musnah sepenuhnya.


“Api telah padam sepenuhnya dan anggota sedang melakukan overhaul di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. ― DayakDaily