Sebuah rumah hangus di Kg Asajaya Ulu

Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Asajaya Ulu.

ASAJAYA, 14 Mei: Sebuah rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran di Kampung Asajaya Ulu, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kebakaran dilaporakan berlaku sekitar jam 2.23 petang.

“Anggota dari Balai Bomba Asajaya dan dibantu Balai Bomba Kota Samarahan terus ke lokasi kejadian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal.

“Manakala sebuah lagi rumah berhampiran turut terbakar di bahagian atap dan tidak melibatkan struktrur rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan Bomba terus bertindak memadam kebakaran dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.25 petang.


Semua penghuni rumah dilaporkan berjaya menyelamat diri dan tiada kemalangan jiwa serta kecederaan dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily