This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 8 Jun: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah memeriksa 4,760 buah kenderaan sempena Ops Gawai 2023.
Menurut kenyataan di akaun Facebook JPJ Sarawak, daripada jumlah berkenaan sebanyak 430 notis ketidakakuran dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.
“Antara kesalahan yang dikesan sepanjang operasi ini adalah seperti tidak mengguna tali pinggang keledar, memotang di garisan berkembar, tiada lesen memandu, ubah suai kenderaan dan lain lain kesalahan,” katanya.
Ops Gawai bermula pada 29 Mei 2023 dan berakhir 4 Jun 2023 melibatkan seluruh cawangan JPJ Sarawak.
“Peringatan kepada pengguna jalan raya, dinasihatkan supaya memastikan kenderaan yang digunakan mematuhi undang-undang yang dibenarkan,” katanya.
Pihak JPJ akan sentiasa melakukan penguatkuasaan secara berfokus dalam memastikan pengguna patuh kepada peraturan dan undang-undang sedia ada.
Untuk sebarang aduan trafik bolehlah disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan @jpj atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan. — DayakDaily