KUCHING, 24 Ogos: Golongan usahawan kecil dan sederhana (SME) di Sarikei dipelawa mendaftar untuk menyertai program Sarikei GO!
Program anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) bersama Pusat Inovasi Sarikei (SIC) itu menyediakan pembelajaran selama empat bulan menerusi kerjasama Inovasi iCube.
Disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), program Sarikei GO! bertujuan membantu usahawan di Sarikei yang ingin mengembangkan perniagaan secara atas talian.
Penyertaan dibuka kepada syarikat yang memiliki lesen perniagaan yang sah. Peserta akan diberi latihan serta bimbingan daripada pakar di dalam industri dan kredit pengiklanan untuk meningkatkan perniagaan.
Sarikei GO! direka untuk meningkatkan keupayaan SME melalui adaptasi teknologi di mana para speaker adalah dari kalangan mereka yang pakar di dalam transformasi digital dan pemasaran.
Program ini sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah untuk mendigitalasikan perniagaan atau bagi mereka yang memerlukan bimbingan.
Pembelajaran selama empat bulan itu merangkumi topik transformasi budaya, transformasi digital dan pemasaran digital.
Pada dua bulan pertama, peserta diberi tunjuk ajar kepada peralatan teknologi yang digunakan untuk mendigitalasikan perniagaan, dan pada bulan seterusnya tumpuan lebih kepada latihan bersemuka dan pemantauan perniagaan.
Usahawan yang ingin belajar dinasihatkan untuk tidak melepaskan peluang ini dan memohon sebelum 27 Ogos 2021.
Hanya satu permohonan dari satu syarikat dibenarkan dan mereka yang berjaya akan dimaklumkan pada 30 Ogos 2021.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.sarikeigo.com atau hubungi 017-2622101 atau menghantar email ke sma.sarikeiinnovationcenter@gmail.com. — DayakDaily