Sarawak selaras gaji penjawat awam, umum hasil kajian dalam masa terdekat — Abang Johari

Abang Johari memberi ucapan penggulungan di Dewan Undangan Sarawak (15 Mei 2024).
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 15 Mei: Kerajaan Sarawak akan mengumumkan hasil kajian pelarasan gaji penjawat awam Sarawak dalam masa terdekat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia tertakluk kepada perincian pelarasan gaji yang akan dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan.

Advertisement

Katanya, perincian tersebut dijangka diketahui hanya dalam bajet persekutuan hujung tahun ini.

“Buat masa ini, kita sedang menjalankan kajian terperinci mengenai pelarasan ini.

“Ia adalah agar ianya lebih kompetitif selaras dengan tugas dan tanggungjawab Penjawat Awam Sarawak serta kekuatan kewangan Kerajaan Sarawak,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan beliau di Persidangan Dewan Undangan Sarawak hari ini.

Dua minggu yang lepas, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan gaji melebihi 13 peratus untuk Penjawat Awam Persekutuan, mulai Disember tahun ini.

“Kerajaan GPS menerima baik pengumuman ini dan akan turut melaksanakan pelarasan gaji untuk Penjawat Awam Sarawak.

“Ini kerana Kerajaan GPS sangat menghargai komitmen dan pengorbanan seluruh Penjawat Awam Sarawak,” tegas Abang Johari. — DayakDaily

Advertisement