Lelaki telibat kemalangan di Batu 10, disahkan meninggal dunia

Lokasi kemalangan tersebut semalam (14 Mei 2024).
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 15 Mei: Seorang penunggang motosikal disahkan meninggal dunia selepas lebih 12 jam bertarung nyawa di Hospital Umum Sarawak (HUS), hari ini.

Difahamkan, lelaki berusia 37 tahun terbabit dimasukkan ke HUS akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 10 Jalan Kuching-Serian sekitar jam 6.15 petang semalam.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Padawan Mohd Irwan Hafiz Radzi berkata mangsa dirawat di Unit Kecemasan dan disahkan meninggal dunia pada jam 8.50 pagi tadi.

“Kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal dari arah Kuching hendak menuju ke arah Serian gagal mengawal kenderaan sehingga merempuh bahagian belakang kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat.

“Impak daripada perlanggaran tersebut, penunggang motosikl telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta beberapa bahagian badan yang lain dan telah dikejarkan ke HUS untuk menerima rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 8.50 pagi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily

Advertisement