Sarawak tuan rumah Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2023

Rahman (duduk tengah) pada sidang media di Kuching semalam. Foto: UKAS

KUCHING, 12 Feb: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) akan menganjurkan Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2023 pada 6 hingga 11 Mac 2023 bertempat di Tebingan Kuching.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Presiden SABA Dato Rahman Lariwoo, petinju berusia 18 tahun ke bawah dari seluruh negeri termasuk pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan penyertaan dalam kejohanan tahunan itu.

ā€œImpian kita untuk membawa penganjuran kejohanan ini ke Sarawak akhirnya menjadi kenyataan selepas sekain lamanya kita berusaha.


ā€œKejohanan ini sangat penting untuk kita mencungkil petinju-petinju yang berpotensi untuk kita serapkan dalam skuad pelapis Sarawak bagi menghadapi kejohanan lebih besar seperti SUKMA.

“SABA akan menggunakan kejohanan ini untuk memilih petinju yang akan kita senaraikan dalam skuad SUKMA 2024 nanti,ā€ katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan penganjuran kejohanan itu pada Sabtu.

Menurut Rahman lagi, penganjuran kejohanan itu juga menjadi platform penting bagi menguji petinju-petinju muda Sarawak yang merupakan produk dari program pembangunan SABA di seluruh negeri.

Katanya, barisan petinju muda Sarawak memerlukan kejohanan kompetitif seperti itu sebagai landasan pengukur kemampuan mereka. ā€” DayakDaily