Sarawak raih emas dalam acara 4X100M Gaya Bebas 34 Mata Lelaki, emas ketiga buat Fraidden

Sarawak menang 4X100M Gaya Bebas 34 Mata Lelaki. Foto: TVS
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 23 Sept: Sarawak terus menuai emas di Pusat Akuatik Pandalela Rinong dengan kejayaan atlet para renang dalam acara 4X100M Gaya Bebas 34 Mata Lelaki.

Kuartet Sarawak Fraidden Dewan, Mully Andriano, Rusdianto Rusmadi dan Galang Jabai meraih emas dengan catatan masa 5:03:62.

Advertisement

Ia merupakan pingat emas ketiga peribadi buat Fraidden setelah terdahulu memenangi acara renang 100M Gaya Kuak Lentang Lelaki S10.

Fraidden juga meraih emas dalam acara 100M Gaya Kuak Dada Lelaki SB9.

Di kedudukan pingat perak ialah kuartet Pulau Pinang dengan catatan masa 5:36.36, diwakili Mohd Zulkiffli Mazeri, Muhammad Amirul Amin, Muhamad Harris Fahmi dan Firdaus Fariduddin.

Manakala Sabah meraih pingat gangsa dengan catatan masa 5:38.73.

Kuartet Sabah diwakili Louis Simun, Shahafiq Abdullah, Wahyu Eqwal dan Abd Halim Mohammad. – DayakDaily

Advertisement