KUCHING, 10 April: Sarawak perlu berada pada tahap 80 peratus jumlah rakyatnya menerima vaksin Covid-19 menjelang Ogos ini bagi memboleh wilayah itu berdepan dengan pilihan raya negeri dengan situasi yang agak selamat.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, adalah menjadi harapan Sarawak untuk membolehkan rakyat di wilayah itu mendapat vaksin memandangkan secara perundangan, pengal ke-11 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan tamat pada 6 Jun depan.
“Kalau kita dapat sampai 80 peratus itu yang terbaik tapi kalau kita tidak dapat capai 80 peratus pun pilihan raya negeri mesti diadakan dibawah pelembagaan negeri sarawak.
“Kita tidak ada pilihan sebab itu merupakan peruntukkan dalam perundangan,” katanya pada sidang media selepas Menghadiri Majlis Malaysia Prihatin Di sini hari ini.
Beliau berkata, pemintaan Sarawak sebelum ini untuk mempercepatkan program imunisasi di wilayah itu antara lain bagi memenuhi keperluan pilihan raya selain mahu mewujudkan imunisasi kelompok di kalangan rakyat di wilayah berkenaan.
Katanya, dengan terbentuknya imunisasi kelompok tersebut, beliau percaya pilihan raya negeri dapat dilaksanakan dengan lebih selamat dan kadar risiko jangkitan baharu Covid-19 juga akan dapat dikurangkan.
“Apabila terdapat imunisasi kelompok ini risiko jangkitan Covid-19 itu akan berkurang dan kalau adapun implikasinya tidaklah steruk jangkitan sebelum ini memandangkan kita sudah ada Vaksin yang membantu membentuk antibodi yang kuat untuk melawan jangkatan tersebut,” katanya.
Fadillah berkata,ketika ini pelbagai langkah dilaksanakan kerajaan bagi meningkat jumlah rakyat yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin memandangkan tahap pendaftaran tersebut masih dibawah kadar 50 peratus.
katanya, antara inisiatif yang dibincangkan pada Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara termasuk mewujudkan kelompok perjalanan hijau bagi mereka yang sudah mendapat semua dos vaksin yang di perlukan.
“salah satu yang dibincangkan adalah sesiapa yang sudah mendapat dua kali vaksin maka mereka boleh bebas bergerak dalam negara sahaja dan bukan diluar negara.
“Diperingkat luar negara sudah pun berbincang untuk mewujudkan gelembong perjalan hijau dan saya dimaklumkan di Arab Saudi, sesiapa yang ingin menunaikan umrah, boleh dibenarkan tetapi dengan syarat mestilah mengambil dua dos vaksin Covid-19 yang diiktiraf oleh negara mereka,” katanya.
Bagaimanapun perkara itu ujar Fadillah masih dalam peringkat perbincangan antara negara terlibat dan ia masih belum lagi dimuktamatkan. — DayakDaily