Sarawak di landasan betul, pastikan rakyatnya dapat bekalan utiliti

Rundi (tiga dari kiri) ketika merasmikan projek utiliti Kampung Merakai.

SERIAN, 10 Dis: Sarawak berada di landasan betul dalam usahanya untuk memastikan seluruh kawasan berpenduduk di negeri itu dapat menikmati bekalan tenaga elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, bagi tahun ini, kementeriannya mensasarkan sebanyak 97 peratus daripada keseluruhan kawasan berpenduduuk dapat dibekalkan dengan bekalan elektrik.

Namum begitu, sasaran tersebut tidak dapat dicapai sepenuhnya disebabkan pandemik Covid-19 yang menlanda seluruh dunia termasuk Sarawak.


“Untuk di kawasan bandar dan pinggir bandar telahpun kita 100 peratus dibekalkan, cuma yang perlu kita kerja dan usaha lebih keras lagi adalah di kawasan luar bandar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan projek utiliti di Kampung Merakai di sini.

Beliau berkata, usaha untuk membekalkan bekalan air terawat khususnya ke kawasan bandar lebih mencabar kerana bukan sahaja perlu berhadapan dengan masalah infrastruktur jalan raya, terdapat juga keadaan paip lama yang uzur dan tidak lagi sesuai digunakan untuk tujuan pembekalan air terawat dan bersih ke kawasan terlibat.

Rundi (kiri) ketika merasmikan projek utiliti Kampung Merakai
Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom

Katanya, keadaan itu secara tidak lansung menyumbang kepada situasi air tidak terhasil atau ‘non revenue water’ (NRW) yang pastinya mendatang kerugian kapada penduduk di kawasan terlibat.

“Bagi kawasan luar NRW ini adalah sekitar 52 peratus pada ketika ini dan harapan kita mahu menurunkan kadar NRW ini kepada 25 peratus kerana di negara membangun kehilangan pendapatan daripada air ini kurang daripada 25 peratus,” katanya.

Rundi berkata, sistem alternatif diperlukan untuk memastikan bekalan utiliti di kawasan luar bandar dapat disediakan dengan sempurna seperti yang di kawasan bandar.

“Jika tidak dapat dilaksanakan sekarang kita cari alternatif di masa hadapan untuk adakannya.

“Jika tidak boleh disambung dari grid sedia ada kita buat kemudahan yang boleh beroperasi sendiri seperti yang dilaksanakan menerusi Sistem bekalan air alternatif Sarawak untuk bekalan air dan Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (Sares) yang menggunakan kuasa solar untuk membekalkan elektri kepada penduduk yang tidak dapat dihubungkan dengan gridcbekalan sedia ada,” katanya.

Tambah Rundi, bagi memastikan hasrat untuk membekalkan air dan elektrik kepada penduduk di luar bandar dapat dilaksanakan, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM2.73 bilion bagi projek bekalan elektrik dan kira-kira RM4 bilion untuk projek bekalan air luar bandar. — DayakDaily