SAR masuk hari ketiga, krew bot tunda masih belum ditemukan

SAR masuk hari ketiga, mangsa masih belum ditemukan.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 15 Okt: Sebuah helikopter milik negara Brunei Darussalam turut terlibat dalam operasi SAR hari ketiga pada Sabtu ,dalam usaha mencari seorang krew bot tunda yang dilaporkan terjatuh selepas dibadai ombak pada malam Rabu di Muara Sungai Kuala Baram.

Dua buah helikopter dari Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) dan unit udara PDRM turut digunakan dalam operasi tersebut hari ini.


Antara agensi terlibat dalam pencarian mangsa ,dikenali sebagai Zainorin Brahim, 35, adalah pihak Bomba, Polis Marin, polis, Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri dan Shin Yang Shipyard.

Pada malam Rabu, sekitar jam 9 malam, mangsa dilaporkam telah terjatuh dari kapal tongkang selepas ia dipukul ombak semasa dalam perjalanan ke Miri dari Bintulu membawa muatan kayu balak.

Sehingga kini, masih belum ada petunjuk baru ditemui sepanjang SAR hari ketiga dilakukan. — DayakDaily