PPS Dewan Masyarakat Sepupok ditutup selepas air surut sepenuhnya

APM Miri membantu membersihkan kediaman penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Dagang, Sepupok.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 15 Okt: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Sepupok yang dibuka di daerah Subis sejak Isnin lepas akibat banjir kilat, ditutup hari ini selepas air surut sepenuhnya.

Menurut pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, arahan penutupan PPS tersebut telah dikeluarkan petang tadi pada jam 3 oleh Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis.


Sebelum ini, PPS Sepupok telah menempatkan seramai lima mangsa daripada dua keluarga yang dipindahkan dari Kampung Dagang ,Sepupok.

Katanya, penutupan PPS tersebut dilakukan selepas air telah surut sepenuhnya dan selamat untuk didiami. — DayakDaily