Habuan RM3,000 suntik semangat atlet

Antara aksi peserta lompat jauh di Sirkit Kejohanan Olahraga IPT.
Advertisement

KUCHING, 15 Okt: Habuan RM3,000 untuk atlet yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan sebagai suntikan semangat kepada atlet yang menyertai Kejohanan Olahraga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Seramai 500 atlet dari Institut Pengtajian Tinggi (IPT) menyertai Kejohanan Olahraga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sirkit ketiga bermula hari ini di Stadium UNIMAS.

Ketua Penyelaras Kejohanan Olahraga Institut Pengajian Tinggi 2022, Dr Hanafiah Ayub berkata, habuan RM3,000 bagi setiap acara sukan bagi mengalakkan atlet memecahkan rekod kebangsaan sekali gus memberi semangat untuk mempamerkan aksi terbaik.

Advertisement

Menurutnya, sirkit terbabit juga dilihat antara platform yang boleh menyaksikan lebih ramai atlet berkebolehan mempamerkan aksi luar biasa berdasarkan penganjuran mengikut zon.

“Tujuan hadiah diberikan bagi mengalakkan mereka untuk mempamerkan aksi dengan lebih baik.

“Ini membuktikan, kejohanan ini bukan biasa-biasa, kerana kejohanan berprestij ini turut disertai atlet berprestasi tinggi.

“Setakat ini, belum ada rekod kebangsaan dipecahkan. Ini adalah satu medium yang sangat bagus untuk melahirkan atlet berbakat,” katanya.

Tambah Hanafiah, penganjuran Sirkit Kejohanan Olahraga IPT yang kini sedang berlangsung di UNIMAS menjadi program terbaik untuk menilai pencapaian atlet secara berterusan.

Menurutnya, kejohanan ini memberi peluang kepada atlet dari Borneo terlibat dalam kejohanan ini terutama dalam menonjolkan bakat mereka.

Katanya, sirkit keempat dijangka berlangsung di Zon Pantai Timur pada November dan kemuncaknya sirkit grand final di Stadium Bukit Jalil pada Disember. — DayakDaily

Advertisement