SAR kesan lelaki hilang di Stum Muda masih gagal temui petunjuk positif

Pasukan SAR sedang berusaha mengesan mangsa.

Oleh Dean Adam

LUNDU, Mac 1: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Kampung Stum Muda di sini masih gagal menemui petunjuk positif.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu, Zainuddin Ngatdemon, berkata operasi SAR yang memasuki hari keenam dilakukan di sekitar kawasan kebun ladang sawit dan tapak perkuburan lama Kampung Raso.


Katanya, pasukan SAR bersama penduduk kampung juga melakukan pencarian di sekitar kawasan hutan di belakang Kampung Stum Muda.

Operasi turut dilakukan di sekitar kawasan kebun ladang sawit dan tapak perkuburan lama Kampung Raso.
Pasukan SAR sedang berusaha mengesan mangsa.

“Radius pencarian adalah sekitar 10 kilometer (km) dengan anggota SAR dibahagikan kepada empat kumpulan pada sebelah pagi dan petang. Setakat pukul 4 petang ini, mangsa, Polus Deng, 49, masih gagal ditemui,” katanya di sini hari ini.

DayakDaily semalam melaporkan anjing pengesan (K9) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak turut berada di lokasi dalam usaha membantu operasi berkenaan. — DayakDaily