Sanggup langgar kawan kerana telefon bimbit

Suspek (tengah) ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 21 Jun: Seorang lelaki berusia 23 tahun bukan sahaja kehilangan sebuah telefon bimbit miliknya, malah terpaksa menahan kesakitan pada badan setelah “dilenyek’ sahabat baiknya sendiri menggunakan sebuah motorsikal dalam kejadian pada Jumaat lepas (18 Jun).

Susulan kejadian, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri telah menahan seorang lelaki berusia 32 tahun untuk tindakan lanjut pada petang Ahad (20 Jun).


Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku di tepi jalan Tudan Desaras Fasa 6 sekitar jam 9 malam itu, mangsa bukan sahaja telah ditarik semasa duduk di sebuah motorsikal miliknya, malah turut dilanggar pada bahagian kaki.

Suspek turut melarikan sebuah telefon bimbit milik mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri. — DayakDaily