Brad Rantayy
MIRI, 27 Jun: Penduduk Kampung Iran Suai gempar dengan penemuan seekor buaya seberat 50kg yang terlekat pada mata pancing yang diletakan berhampiran sungai pada awal pagi tadi (Isnin).
Menurut Ketua Balai Bonba Batu Niah Rary Binjie, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 8.24 pagi bagi membantu menangkap reptilia sepanjang lapan kaki itu yang ditemui terperangkap pada salah satu mata pancing tersebut.
“Kita menggunakan penjerut khas bagi untuk menangkap buaya tersebut,” ujarnya.
Operasi tanat jam 9.23 pagi.
“Pihak kami telah menyerahkan reptilia tersebut kepada pihak Sarawak Forestry Corporation(SFC) untuk tindakan lanjut,” jelasnya ketika dihubungi. — DayakDaily